Saturday, January 24, 2009

chinese new year

cuti selama 4 hari kat umah mmg rasa kesuntukan masa
walaupun masa yang terluang aku abiskan kat umah je
tapi aku cukup berpuas hati
aku suke tgk mak ngan abah bahagia lihat perubahan aku
dan satu yang aku perasan, mak ngan abah cuba penuhi setiap permintaan aku.
thanks abah..thanks mak
orang sayang sangat kat kalian

balik cuti ni jg aku masak spageti
dan aku suh masak pulut kuning
jemput sumer ank2 angkat mak
makan ramai2
tp cian kat adik aku yg kuat mkn
spageti yg aku masak tak cukup
walaupun dia dh tambah 3 x huhu
pas mkn ramai2, ktrg g mancing
yu hu..best siot..mancing atas bot
dah di tengah keheningan malam
bunga api memecah kesunyian
woo...best glerk!!!
balik umah kul 3 pagi
sebelum tu pekena teh tarik ngan roti canai

hati? hati aku?
hanya aku yang tahu

aper yg leh aku bgtau...aku hepi tgk mak ngan abah hepi
aku bahagia aku bt orang sekeliling aku bahagia =)

Thursday, January 22, 2009

bu k an di Ri k u
























Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku


majlis A s y u r a



anak sapa la tuh hehe

majlis Asyura yang berlangsung hari nih
best sangat walaupun penat sket
yg penting sok lagi best!
sok blk kg hehe ;p

Tuesday, January 20, 2009

n A p E ? ? ?

aku tersentak dari tido yang lena
aku mimpi d i a
nape dia muncul dalam mimpi aku
nape dia nk hadir dalam mimpi aku lagi!!!!

Monday, January 19, 2009

2 b u l a N


semalam genap 2 bulan
satu tarikh yang aku takkan lupa sampai bila2
bukan untuk di rai

tapi semalam tanpa aku sedar
a k u r i n d u d i a
adakah dia pun rindu kan aku

dalam tak sedar dah cukup 2 bulan
kehadiran seseorang dalam idup aku
membuat kan aku s e d i k i t l e g a
dan seorang lagi merumitkan keadaan
nape perlu tergesa2
'patah tumbuh hilang berganti'
senang nye..itulah lelaki

soal perasaan dan hati
terlalu sukar untuk di mengerti

Sunday, January 18, 2009

r i n D u

aku r i n d u ..

Friday, January 16, 2009

li f e

best sesangat skang dh dapat lik men n e t b a l l
suke
sangat2.. teringat zaman2 sek dlu2
zaman yang aku rindu
rindu dengan ketenangan

satu hari itu aku pernah janji ngan dia
perjanjian pertukaran antara a k u dan d i a
t a p i
kini itu semua tiada lagi
aku b e b a s
a k u
leh bt ape saje yang aku mahu

Thursday, January 15, 2009

t eR u s kA n

k u berjalan tanpa henti
mencari arah yang pasti
meninggalkan kenangan silam
di belakang yang s e p i
mencari sinar harapan di hadapan

k u teruskan tanpa menoleh lagi
setelah sekian lama aku di situ
menghamba kan diri menagih simpati

kekadang terasa mahu
datang s e s e o r a n g memeluk ku
membiarkan aku m e n a n g i s di bahu nya
menenangkan aku
agar aku k u a t
lepaskan apa yang terbuku di hati
l e p a s k a n . . l e p a s k a n

____________________________

l ag u ki t a

Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa

Berkelip melukis cinta

Terciptalah lagu kita



Tuesday, January 13, 2009

t ha n Ks

untuk adik2 yg aku sayangi sekalian

terima kasih di atas keprihatinan kalian
terima kasih kerana menyayangi diri ini
terima kasih di atas sokongan korang
terima kasih kerana berada di cc ini
terima kasih di atas segalanya......

k syam tahu korang sayang k syam
korang risaukan k syam
dan k syam juga sayang kan korang
sayangkan diri sendiri
k syam akan bt yang terbaik untuk sume
tak nak pentingkan diri
biar sume orang bahagia
moga k syam turut merasa kebahagiaan itu
bukan untuk menyiksa diri

k syam pun tak minta sume ni terjadi
dan tak mudah juga untuk mengatasi
apa pun k syam akan buang sume yg keruh
untuk memulakan idup baru

sokongan dan semangat kalian
untuk teruskan perjuangan yang belum selesai ini
amat2 di perlukan

dan k syam nk korang juga tahu
yang k syam juga sayang kan korang

tapi sayang itu tak perlu di lafazkan selalu

Monday, January 12, 2009

andai terpaksa pergi

lelaki dan wanita
kita sama-sama berkongsi hidup di alam ini. kita sama-sama di beri hak untuk menikmati semua kelebihan dan kemudahan yang tersedia di dalamnya. kita juga di beri hak untuk menikmati c i n t a dan k a s i h s a y a n g sesama kita. Mengapa harus salah seorang daripada kita mengkhianati nikmat-nikmat yang telah disediakan itu. Mengapa kita harus mendustai cinta, mengingkari kasih suci dan mensiakan orang yang sama-sama ingin hidup seperti kita.

Runtuhkanlah egomu, jalanilah hidup sebagaimana seorang yang meminjam waktu walau sedikit. Tempoh untuk kita sama-sama melayari hidup tidak lama. Nafas yang ditarik boleh terhenti tiba-tiba. Mengapa menukar asal kejadian kita yang putih bersih itu kepada hitam pekat lagi berkarat?

Hidup bukanlah terlalu lama untuk kita rencahi ia dengan tutur kata yang membisakan hati penerima
Hidup bukan juga lama untuk kita rencahi ia dengan titik-titik hitam dalam sejarah hidup kita
Lelaki dan wanita adalah makhluk dari spesis yang sama.
Sama-sama punya perasaan, sama-sama ingin hidup ceria dan bahagia.
Mengapa gagal saling memahami?
Mengapa terlalu mementingkan diri?
Padahal yang terluka adalah sama-sama manusia.....

Airmata kita bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas. Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih tapi bangkitlah untuk membuktikan kita tidak lemah hanya oleh ujian perasaan. Dia yang mengecewakan kita bukanlah insan terbaik. Biar dia pergi hari ini daripada esok hari, kerana setiap yang bernama setiap hari itu adalah kelukaan yang lebih dalam.

S a y a n g i l a h diri dan c i n t a i lah dia, setulus hati kita. Tinggalkan dengan langkah yang teratur andai kita terpaksa pergi.....

______________________________

petikan dari buku motivasi "membina peribadi anggun" oleh Dr HM Tuah
untuk renungan bersama

Thursday, January 8, 2009

t o pe nG

sekarang aku dah boleh tersenyum tapi ikhlas kah senyum yang aku beri
aku dah mampu ketawa tapi benarkah aku sedang ketawa
atau ini semua hanya untuk mengaburi

aku tak mahu lagi susahkan orang sekeliling
aku tak mahu lagi mereka bimbangkan keadaan aku
walaupun hakikatnya perasaan itu masih bergolak dalam hati ini

hakikatnya ingatan itu masih kuat, debaran itu masih ada
tusukan itu masih terasa di jantungku

mak...
maafkan anakmu ini yang telah hanyut dengan perasaannya
anakmu yang telah hilang dengan dunianya
nantikan kepulangan ku nanti untuk ubati segalanya
aku akan pulang bersama senyuman yang kau nantikan

abah...
maafkan anakmu yang hilang arah tujunya
maafkan anakmu yang membiarkanmu tersiksa
nantikan kepulanganku bersama tawa senda
aku akan pulang bersama suaraku yang kau rindu
aku akan pulang bersama keceriaan dan keriuhanku yang kau rindu

kawan2...
maafkan aku dengan sikapku
aku akan bt yang terbaik
biarlah di dalam hati ini hanya Tuhan yang mengetahui
apa yang aku mahu, orang di sekeliling aku B A H A G I A

Monday, January 5, 2009

p a d a m u k u b e r s u j u d

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


-------------------------------

thanx pada kwn2 yang x putus2 beri semangat
dan kekuatan
inilah kata2 semangat utk di kongsi bersama

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Friday, January 2, 2009

m a t a h a r i



tertutup sudah pintu

pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak aku terdiam sepi

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

dengarkanlah kau matahariku

-------------------------------

matahari itulah maksud namaku

semoga aku akan bersinar semula


Thursday, January 1, 2009

b e r a k h i r

buat kawan2 yang mengenali diri ini, maafkan aku menyepi diri
apa yang berlaku pada aku, tak mampu untuk aku lalui dengan akal
tapi aku masih waras kerana aku mengambil jalan utk dekatkan diri padaNya
hanya kepada Nya aku memohon kekuatan

buat kawan2 yang masih belum tahu apa yang telah terjadi
di sini aku luah kan
tanggal 18 Nov 2008 merupakan tarikh yang paling pahit bt aku
aku di lepaskan dengan 1 ikatan yang tidak rasmi
dalam perjalanan menuju sebuah ikatan yang rasmi
semakin menghampiri sebuah ikatan yang suci
aku di tinggalkan

setelah 3 tahun lebih bersama2 mengharungi saat suka dan duka
menempuhi dugaan dan cabaran
akhirnya kecundang tanpa alasan

aku mencari di mana silapku
sedangkan semalam dia masih lagi melafazkan kata2 sayang
semalam dia masih lagi meyakinkan cintanya
semalam dia masih lagi menghadiahkan ku sebuah lagu cinta ' i'm Yours '
tapi hari ini dia berubah dalam sekelip mata

aku sedar aku bukan insan yang sempurna
tapi dia sanggup terima aku seadanya
itulah janjinya
begitu juga dia..aku terima segala kekurangannya
tapi itu semua hanya janji semata2

hingga ke saat ini aku masih lagi mencari kekuatan
semoga Allah dapat memberi ku petunjuk ke jalan yang benar
aku bersyukur di atas setiap ujian Nya