Tuesday, June 23, 2009

k e n a p e A k U ? ?

kenapa perlu hidup dalam kepuraan
kenapa aku yang di persalahkan di atas jalan hidup yang kau pilih
kenapa aku yang menjadi punca dengan pilihan hidup kau sendiri
kenapa aku yang dijadikan alasan untuk kau menyesal dengan keputusan yang kau telah buat
apa salah aku dengan kau
apa kaitan aku dengan hidup kau

bersyukurlah dengan apa yang ada

mereka cukup hebat bermain dengan kata-kata
mereka cukup hebat mempersembahkan lakonan mengaburi mata aku
mereka cukup hebat mempersendakan ketulusan ikatan yang pernah terjalin
mereka cukup hebat mengecewakan sekeping hati yang naif
tapi mereka perlu ingat, Allah itu maha Adil

Thursday, June 18, 2009

c o n v o c a t i o n + 7 b u l a N



hari yang di nanti2 setelah penat belajar selama 3 tahun
hasil usaha di atas sokongan dan semangat dari insan2 tersayang untuk meneruskan perjuangan, memulakan langkah yang pertama walaupun rasa berat di hati
tapi atas dorongan dan semangat yang kuat menghulurkan tangan agar aku menerima cabaran dan langkah pertama dalam hidup ini... dan akhirnya kini aku berjaya menghabiskan 3 tahun ini dengan jayanya walaupun insan yang banyak memberikan aku keyakinan, semangat dan sokongan akhirnya menarik diri meninggalkan aku sendirian untuk meneruskan perjuangan ini..saat itu aku jatuh di saat2 yang getir menuju penghujung perjuangan. saat itu aku hilang segalanya, dunia ini bagiku kosong kerana aku terlalu memerlukan dia untuk terus kan kehidupan ini kerana dia yang banyak beri aku semangat, kerana dia aku memilih jalan ini. semua kerana d i a . . . .

tapi aku bersyukur aku masih punya insan2 tersayang iaitu famili aku. mereka terus memberi aku kekuatan. menggenggam erat tangan ku, menarik aku bangkit dari kekecewaan, kerana tak mahu aku terus jatuh..dan perjuangan ini perlu diteruskan

di saat aku kehilangan d i a , muncul insan istimewa kurnian Tuhan untuk aku
kini dia setia di samping ku, sentiasa menemani, terus memberikan kekuatan sehingga aku berjaya ke tahap ini..thanks s a y a n g

dan hari ini juga genap 7 bulan
dalam tak sedar dah 7 bulan berlalu
tarikh yang aku akan ingat sampai mati
satu tarikh di mana seorang insan di tinggalkan
tanpa belas kasihan di buang jauh dari sudut hatinya
tanpa alasan tanpa sebab hanya kerana ego sekeping hati!!!!!

Tuesday, June 16, 2009

sekadar di p I n g g I R a N

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu menyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai ke puncak sana
Apalah daya ku bertahan cuma
Di pinggiran yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh sayang
Sewaktu ku kesunyian...

Sunday, June 14, 2009

h u ja n lagi

hanya tinggal bape hari je lagi untuk tinggal di kelantan ni
masih banyak lagi barang yang aku tak pack lagi
dalam dok mengemas barang, aku terjumpa balik purse kesayangan aku
dan di dalam nya terdapat barang2 kesayangan aku
dan di dalam nya juga terdapat banyak2 barang yang meninggalkan nostalgia untuk aku
tiba2 aku terasa sebak..sebak di dada
dan cuaca di luar tiba2 hujan
hujan yang lebat
hujan di iringi angin yang kencang
guruh yang berdentum
begitu deras air mengalir di pipi
aku tak mampu untuk bertahan lagi

lalu keputusan dibuat untuk aku pos kan sume barang tu
kerana aku masih tak kuat untuk sume ni
walaupun ia dah berlalu 7 bulan
dan dalam masa 7 bulan ini juga bermacam2 yang dah berlaku

Thursday, June 11, 2009

r I n d U



tetiba ia datang...mungkin kah kerana rindu
aku hanya hidup bersama kenangan
bayangan kenangan silam
dan tak mungkin bersama lagi
aku rindu
rindu akan setiap detik kenangan itu

Friday, June 5, 2009

p E r Gi



pErgi

Sayu terpisah
hikayat indah
kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya
terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti

kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau p e r g i . . p e r g i . .

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku
tak daya kau kulupa

apa pun kata mereka
biarkan kenangan
berbunga di ranting usia




salah f A h A m

salah faham sering melanda kita sejak kebelakangan ini. Hanya perkara kecik, telah mencuit hati. Membuat hati terasa. Mengalah pun tidak. Cuba memahami pun tidak. Membiarkan diri untuk difahami..mengharapkan yang diri di fahami.

Tapi...
aku hanya punya 2 mata yang sentiasa berada dekat dengan ku
kau jauh dari pandangan ku
mana mungkin aku bisa mengetahui segalanya
aku bukannya ahli nujum yang dapat menafsir
aku hanyalah insan biasa
yang juga punya hati
hati kecil.....

Tuesday, June 2, 2009

sambal ik a n b i l i s

sungguh menyelerakan...membuka selera aku untuk makan. Namun ade kisah di sebalik 'sambal ikan bilis' ini. Mengingatkan aku pada seseorang. Lepas balik keje kul 5 , terus menuju ke kedai ayam bakar. Dah lame tak bli kat ctu semenjak dok kubang kerian ni. Peluang yang ada ni aku takan lepaskan. Sampai je kat kedai tu, tanpa berfikir panjang aku terus bli nasi. Menunya dah tentu sambal ikan bilis. Selepas beli, aku terpikir..termenung. Tiba2 ingatan aku pada dia datang tanpa diundang. Menu sambal ikan bilis ini menu kegemaran dia.. Aku terdiam sejenak. Semuanya berlaku ngan pantas tanpa aku sedar....