Monday, May 25, 2009

c o N g r a Tu l a T I o n s ! ! !

25 mei 2009

hari yang di nantikan dengan penuh debaran di dada
segala usaha selama 3 tahun di nursing college Kubang Kerian hari ini akan terjawab
perhimpunan pagi ini di hiasi dengan wajah2 kesuraman dan ketakutan
kelihatan ada wajah2 yang sudah menitiskan air mata
mengenggam erat tangan kawan2 untuk mencari kekuatan dan menghilangkan debaran
namun debaran makin terasa apabila keputusan akan di umumkan di dalam kelas

seramai 6 orang pengajar menjadi saksi dengan pengumunan keputusan final exam
debaran kian kencang apabila timbalan pengarah kolej mangambil keputusan untuk mengumunkan peratus kegagalan dahulu
waktu ini aku juga turut menahan sebak kerana tahu apa yang telah terjadi sewaktu menduduki final exam tempoh hari..

namun apa yang di jangka tak seperti yang dijangka apabila diumumkan peratus kegagalan 0%
Ya Allah waktu ini kedengaran satu jeritan kegembiraan
lantas rakan di sebelah di peluk, menangis kegembiraan kerana akhirnya kami telah sama-sama berjaya melepasi ujian ini....

untuk mak dan abah yang disayangi
terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak memberi sokongan dan semangat
expecially masa mula2 dapat tawaran nursing dulu =)
terima kasih juga di atas sokongan kalian ketika anakmu ini berada di satu tahap yang tak mampu untuk berdiri meneruskan kehidupan yang mencabar ini
terima kasih kerana terus berusaha memegang tangan ini agar bangun dari kesakitan dan kekecewaan..dan akhirnya hari ini orang berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun
i luve u all..

untuk adik-adik aku
terima kasih kerana sentiasa menghiburkan hati aku
terima kasih kerana sudi meminjamkan bahu untuk aku menangis
terima kasih atas sokongan yang diberi

untuk rakan2 seperjuangan
terima kasih atas segalanya
terima kasih atas nasihat dan semangat yang kalian berikan
terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan
terima kasih

untuk Nazim bin Ishak
terima kasih atas semangat yang kau berikan untuk aku memulakan langkah baru sewaktu menerima tawaran nursing ini, terima kasih kerana setia memberi semangat dan dorongan selama 5 sem, mendengar luahan hati dan berkongsi masalah. kau terus memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Walaupun akhirnya pada saat yang terakhir kau menarik diri...

untuk Mohd Fadzly bin Mohd Nawawi
terima kasih kerana memberikan aku kekuatan bangkit dari kekecewaan
untuk meneruskan perjuangan yang masih tidak selesai

dan inilah kejayaan buat semua!!!!


Friday, May 22, 2009

hadiah h a r I l a H i r

hari yang di nantikan tidak seperti yang di harapkan
jauh di sudut hati ingin di layani dan di penuhi
segala kemahuan hati
tapi aku hanyalah insan yang kekadang terasa sunyi
yang sentiasa di buai mimpi
mimpi2 yang kian lari dari realiti
lalu aku tersedar dari mimpi dan berpijak di atas kaki sendiri
sedar yang aku tidak lagi seperti dulu
mengapa masih mengharap dia akan terus melayani ku??

lalu..ku pujuk hati sendiri
agar kuat menanti hari yang bermakna ini
pagi ku dihujani dengan ucapan selamat hari jadi
bersama nyanyian2 yang memecah kesunyian pagi
dan ciuman sayang menyinggah di pipi
untuk adik2 dan kawan2 yang aku sayangi
thanks 4 everythings

aku percaya di sebalik kesedihan yang aku tanggung
Tuhan menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna untuk aku

pertemuan yang tak pernah aku jangka kan
akhirnya berlaku di terengganu
menggigil aku melihat dia, setelah sekian lama
akhirya di hari yang bermakna buat kita
kita bertemu di terengganu ini
aku bersyukur kepada Nya
inilah hadiah yang paling bermakna buat aku

untuk adik yang di sayangi
Nur Zuraiha Harris Abidin binti Zainal Abidin
yang sama2 menyambut hari kelahiran sama dengan ku
aku mendoakan semoga kau berjaya mengecapi
segala impian mu, dan kebahagian sentiasa mengiringimu

walaupun masa telah merenggangkan kita,
jarak menjauhkan kita, tapi hati aku masih seperti dulu
coz, i'll always keep ur love in my heart. Always do..


Wednesday, May 20, 2009

panggilan .P.U.L.A.U. 09

"Salam sahabat.. ting tongg ting tongggg.. seakan masa tu telah memisahkan kita smua..dan juga kehidupan dan tanggungjawab masing-masing telah menggariskan sempadan antara kita.. dgn ini sy sebagai AJK seranta.. ingin menjemput Puan-Puan dan Cik-Cik utk sama-sama menyertai 'Panggilan Pulau 09'.harapnya anda dapat mencadangkan tarikh2 yang sesuai. sila berurusan menggunakan email "

aku terima offline msg kat YM dari mama
waa..rasa teruja sangat2 nk jumpa diorg ni
rindu bangat seh...nk jmp kawan2
RINDU nk gelak ketawa ramai2
RINDU

Wednesday, May 13, 2009

k e t a h u i l a h . .

Ketahuilah Oleh mu
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih. Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja.Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan. Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon. Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas. Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur. Allah SWT telah memberkahimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban. Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi. Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau
menghadap. Allah SWT tahu.

s e a d a n y a A K U

Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Monday, May 11, 2009

k e l i r u

k e l i r u

Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan kuceritakan
Ternyata baru kusedari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untuknya

Aku cinta kepadamu
Aku rindu dipelukmu
Namun ku keliru telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Oh Tuhan maafkan diriku
Telah melangkah lugu
Memberi bimbang di hatinya
Kutahu engkau telah berdua
Tak mungkin kurasa
Melepas kasih antara kita

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di hatimu
Namun ku keliru telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Inginku akhiri yang telah terjadi
Lamunan membawamu kembali

Engkaupun keliru
Menilai erti cinta kita
Yang kau kira selamanya....

Thursday, May 7, 2009

p i li H

Broken Heart Myspace Comments

aku memilih untuk terus hidup bersama k e n a n g a n aku!!!!

Wednesday, May 6, 2009

D o a U n tu k K E K A S I H

Ya ALLAH...
seandainya telah engkau catatkan
dia milikku, tercipta buatku..
satukanlah hatinya dengan hatiku

titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi

dan Ya Allah
ya Tuhanku yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi

tetapi Ya Allah..
seandainya telah engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku
luputkanlah ia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

serta Ya Allah...
ya Tuhanku yang maha mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama denganya

dan Ya Allah yang tercinta
gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun yang tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku...
pasrahkanlah aku dengan takdirmu

sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
adalah yang terbaik buat ku
kerana engkau maha mengetahui
segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah..
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

maka kurniakanlah aku seorang pasangan
yang beriman
supaya aku dan dia
sama2 dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh..

Amin..Ya Rabbal A'lamin...

Monday, May 4, 2009

final e X a M ! !

4 - 5 mei 09
final exam selama 2 hari ni
x berani nk komen lebey2
tggu je result kuar nnt
tp dalam hati ni Tuhan je yg tahu
aku TAWAKAL!!!

Sunday, May 3, 2009

s a d



ape yang aku jangka kan kini berlaku
aku sedar aku bukan seperti insan lain
aku sedar kelemahan diri aku
aku sedar akan kekurangan yang ada pada aku

aku bukanlah yang terbaik untukmu
sebelum kita pergi lebih jauh
sebelum perasaan ini semakin mendalam
biar kita lepaskan di sini saja

biar kita b e r h e n t i di sini

apa yang aku lakukan bukan kerana benci
tetapi kerana aku terlalu menyayangimu
aku mahu kau miliki hidup yang lebih sempurna...

dalam keadaan genting untuk menghadapi final exam
aku juga harus kuat untuk hadapi satu lagi ujian Nya
aku bersyukur dengan kurniaan Mu Ya Allah
terima kasih di atas anugerah kasih sayang yang kau berikan
aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang kau berikan
aku bahagia dengan ciptaan Mu untuk ku
terima kasih kerana memberikan aku kesempatan
untuk merasa nikmat Mu.....