Monday, May 25, 2009

c o N g r a Tu l a T I o n s ! ! !

25 mei 2009

hari yang di nantikan dengan penuh debaran di dada
segala usaha selama 3 tahun di nursing college Kubang Kerian hari ini akan terjawab
perhimpunan pagi ini di hiasi dengan wajah2 kesuraman dan ketakutan
kelihatan ada wajah2 yang sudah menitiskan air mata
mengenggam erat tangan kawan2 untuk mencari kekuatan dan menghilangkan debaran
namun debaran makin terasa apabila keputusan akan di umumkan di dalam kelas

seramai 6 orang pengajar menjadi saksi dengan pengumunan keputusan final exam
debaran kian kencang apabila timbalan pengarah kolej mangambil keputusan untuk mengumunkan peratus kegagalan dahulu
waktu ini aku juga turut menahan sebak kerana tahu apa yang telah terjadi sewaktu menduduki final exam tempoh hari..

namun apa yang di jangka tak seperti yang dijangka apabila diumumkan peratus kegagalan 0%
Ya Allah waktu ini kedengaran satu jeritan kegembiraan
lantas rakan di sebelah di peluk, menangis kegembiraan kerana akhirnya kami telah sama-sama berjaya melepasi ujian ini....

untuk mak dan abah yang disayangi
terima kasih yang tidak terhingga kerana banyak memberi sokongan dan semangat
expecially masa mula2 dapat tawaran nursing dulu =)
terima kasih juga di atas sokongan kalian ketika anakmu ini berada di satu tahap yang tak mampu untuk berdiri meneruskan kehidupan yang mencabar ini
terima kasih kerana terus berusaha memegang tangan ini agar bangun dari kesakitan dan kekecewaan..dan akhirnya hari ini orang berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun
i luve u all..

untuk adik-adik aku
terima kasih kerana sentiasa menghiburkan hati aku
terima kasih kerana sudi meminjamkan bahu untuk aku menangis
terima kasih atas sokongan yang diberi

untuk rakan2 seperjuangan
terima kasih atas segalanya
terima kasih atas nasihat dan semangat yang kalian berikan
terima kasih atas tunjuk ajar yang telah diberikan
terima kasih

untuk Nazim bin Ishak
terima kasih atas semangat yang kau berikan untuk aku memulakan langkah baru sewaktu menerima tawaran nursing ini, terima kasih kerana setia memberi semangat dan dorongan selama 5 sem, mendengar luahan hati dan berkongsi masalah. kau terus memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Walaupun akhirnya pada saat yang terakhir kau menarik diri...

untuk Mohd Fadzly bin Mohd Nawawi
terima kasih kerana memberikan aku kekuatan bangkit dari kekecewaan
untuk meneruskan perjuangan yang masih tidak selesai

dan inilah kejayaan buat semua!!!!


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home