Tuesday, July 27, 2010

new life


aku selamat melangsungkan majlis pertunangan pada 19 jun 2010
segalanya berlaku dengan pantas, mungkin ini yang dinamakan jodoh
aku hanya berserah dan tawakal, maybe ini yang terbaik untuk aku
ikatan ini terikat antara aku dan Muhammad Hisham b Abdullah
maka kehidupan baru bermula dengan status baru


segalanya berubah
aku tak boleh seperti dulu, aku kena memutuskan hubungan dengan semua kenangan2 aku
ini kerana untuk menjaga hati insan yang berada di dalam hatiku
perubahan ini membuatkan aku mendiamkan diri daripada teman2
no phone bertukar..semuanya untuk dia

Wednesday, April 28, 2010

???

sepanjang kepulangan aku selama 3 hari mungkin diorang sedang memerhatikan aku. cuba mengetahui dengan siapa sedang aku 'berkawan' sekarang..dengan siapa aku rapat sekarang dan yang paling tepat siapa di hatiku sekarang..
sebenarnya tiada sesiapa pun.. aku cuma melalui kehidupan seperi biasa. aku tak risau akan usia ku yang semakin hari semakin bertambah.. aku tak kisah dengan semua itu.. aku cuma mahu melalui kehidupan dengan tenang =) melalui dengan senyuman dan bukan lagi air mata
aku tidak serius dengan sesiapa.. aku betul2 hanya kawan. abah terkejut bila aku kata aku berkawan dengan a**** , abah kata ' dulu kan dh kawan dengan ** skang nape nak kawan lagi?' pekerjaan itu x menunjukkan seseorang itu jahat atau baik. tapi...maybe abah takut aku kecewa lagi. kalo abah takut, aku lagi takut..
skang mak dah x bising2 lagi soal kawen setelah ari tu aku dengan berani nya meluahkan yang aku tak mau kawen.. biarkan aku menjalani kehidupan aku sekarang.. =)

Sunday, April 18, 2010

kasih sayang

kasih sayang suatu perasaan yg sukar untuk d ungkapkan
sukar utk diluahkan, sukar utk difahami..dan ia nya unik
berbeza mengikut penilaian individu
berbeza cara penyampaian

kdg ble kte rasa seseorang itu betul2 menyayangi kte
tp akhirnya dia mengecewakan kita
kdg ble kta yakin dengan kasih sygnya
tp akhirnya dia meninggalkan kita

kasih sayang betu2l tulus adalah kasih syg keluarga
ibu bapa kte x penah mengecewakan kte
diorg x penah memungkiri janji dan meninggalkan kta

i luve my famili
mak, abah dn adik2...

dan 1 lg kasih sayang yang kekal abadi, adalah kasih syg Dia
Dia yang maha berkuasa... =)

Wednesday, April 7, 2010

c.I.n.T.A

CINTA
bukan bagaimana untuk menjadi pasangan yang sempurna
bagi seseorang tetapi bagaimana menemukan seseorang
yang dapat membantu mu menjadi dirimu sendiri
dan kerana kehadirannya itu yang membuat kamu
SEMPURNA

Tuesday, April 6, 2010

aku bahagia


aku rasa tenang dengan kehidupan yang aku jalani sekarang
syukur Alhamdulillah..aku diberi kekuatan oleh Nya
untuk menempuhi segala ujian yang mendatang

walaupun tindakan dia menyakitkan hati aku
tapi kesakitan itu akhirnya memberikan aku kekuatan
dan akhirnya dia kembali memohon kemaafan di atas keegoan nya
kini aku lebih bahagia hidup tanpa dia
jiwa aku rasa tenang, xperlu lagi aku mengalah
xperlu lagi aku menjaga hati
xperlu lagi aku berkorban
xperlu lagi aku memendam rasa

dan kini aku BAHAGIA

Tuesday, March 30, 2010

hampa haTIku


pernah kah kau merasa
cukup sudah ku berikan cintaku
cukup sudah rasa ini untuk mu
mati sudah hati ini padamu
mati sudah hasrat ingin bersamamu
pernah kah kau merasa hatimu hampa
pernahkah kau merasa hatimu kosong
buang saja kata cintamu
buang saja kata maafmu

Sunday, March 14, 2010

pengemis C.I.N.T.A


suka dan duka silih berganti

bayang dirimu menghilang kini

mengapa adakah aku bersalah



menangis hati memanggilmu

teringat segala sumpah janjimu

dahulu akulah suri hidupmu



apakan upaya diriku wanita

dan yang tinggal kini kelukaan



tak akan ku jadi pengemis cintamu

akan ku buktikan kepadamu



luka di hati ku rawat sendiri

hari berlalu musim berganti

dan kini kau iingin diriku lagi

____________________

memang segalanya kini aku lalui sendiri
segalanya ku tanggung sendiri
walaupun kekadang terasa berat
tetapi ini yang aku pikul
kerana ini lah kehidupan aku
seperit mana, sepahit mana
aku tetap kena laluinya

walaupun masih ada yang samar
aku masih perlukan penyelesaian
biar segalanya berakhir sampai ke penghabisan
tapi sikap nya yang begitu
membuat kan aku semakin sesak
semak