Friday, July 31, 2009

.f.r.i.e.n.d.s.a.r.e.s.p.e.c.i.a.l.


.f.r.i.e.n.d.s. .a.r.e. .s.p.e.c.i.a.l.

Thursday, July 30, 2009

tidak fAham

Sengaja ataupun tidak aku sendiri tidak pasti. Dia berlagak seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Dia meneruskan seperti biasa. Agaknya dia memang sengaja melupakan ape yang telah berlaku dengan begitu je. Tapi bagi aku, aku perlu mengundur diri kerana aku sudah tidak cukup kuat untuk meneruskan lagi.

Nazim, seorang insan yang pernah menjadi sebahagian hidup aku kini mula mencari aku. Aku sendiri tidak faham kenapa.

Afz, seorang kenalan baru masih tak putus asa untuk berkawan ngan aku. Perlukah aku sambut perkenalan ini dengan lebih serius untuk melupakan perit yang aku alami??

Memang aku ada banyak pilihan. Aku boleh terus menghubungi nazim untuk aku lupakan kesedihan aku sekarang. Aku boleh terus serius dan menyambut salam perkenalan baru dengan afz, tapi aku tak sanggup. Aku tak sanggup untuk buat semua itu. Aku tak mahu masuk campur dalam urusan hidup nazim lagi. Aku nak dia lalui hidup barunya. Aku tak sanggup untuk memulakan hubungan baru, kerana aku masih sayangkan dia.

Saturday, July 25, 2009

duGaan laGi

mabuk darat penangan tioman belum lagi abes, kini aku alami stress yg lebih dasat lagi. Maka makin bertambah mabuk aku..berlanjutan. Bukan aku sengaja membiarkan diri aku jadi begini, aku juga tak hingin. Tapi ini lah yg akan berlaku ke atas aku setiap kali mengalami stress. Dan ia akan mengambil masa untuk aku pulihkan diri aku.

ape yang berlaku??
(Friday 24 july : 23.30)

Hal ini akan aku ingat sampai bila2, bukan kerana dendam tapi kerana penghormatan yang diorg berikan untuk aku. Semua kesalahan dan kesilapan dihumban ke arah aku. Setiap kata2 menghujani telinga aku..berdesing. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku begitu kuat dan tegar. Setia mendengar setiap cemuhan yang dilemparkan. Agaknya memang begini sikap aku dari azali. Aku tak mampu mempertahankan diri tambahan bila berdepan dengan orang tua. Aku hanya diam..yang aku sedar, hanya terasa hangat di pipi. Hanya airmata yang setia menemani.

Aku tarik nafas panjang..cuba mencari kekuatan. Menahan sebak. Kesedihan. Tabah seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Patutkah aku teruskan???? Sedangkan hati ini cukup SAKIT

Wednesday, July 22, 2009

tioMAn iSland 18-20 july O9

percutian...pada asalnya dinamakan "panggilan pulau" utk 2nd gathering, tp last2 minute di tukar kepada "percutian" atas alasan tidak sesuai..hehe.. ade cerita di sebalik sumer ni. Bia la terpahat di hati saja..

okies..nk cter yg best2 jerk skang ni... =))
percutian ni best sesangat sebab dpt lepak ngan kengkawan. Itu yg best sebenarnyer. walaupun penat sesangat, tp enjoy..puas hati. Percutian 3 hari 2 mlm ni penuh ngan xtvt, sampaikan terlalu penat sgt aku sampai mabuk darat 2-3 hari haha...

anyway...mmmg syiok sesangat. tak sbr nk g next trip thn depan hehe..