Saturday, July 25, 2009

duGaan laGi

mabuk darat penangan tioman belum lagi abes, kini aku alami stress yg lebih dasat lagi. Maka makin bertambah mabuk aku..berlanjutan. Bukan aku sengaja membiarkan diri aku jadi begini, aku juga tak hingin. Tapi ini lah yg akan berlaku ke atas aku setiap kali mengalami stress. Dan ia akan mengambil masa untuk aku pulihkan diri aku.

ape yang berlaku??
(Friday 24 july : 23.30)

Hal ini akan aku ingat sampai bila2, bukan kerana dendam tapi kerana penghormatan yang diorg berikan untuk aku. Semua kesalahan dan kesilapan dihumban ke arah aku. Setiap kata2 menghujani telinga aku..berdesing. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku begitu kuat dan tegar. Setia mendengar setiap cemuhan yang dilemparkan. Agaknya memang begini sikap aku dari azali. Aku tak mampu mempertahankan diri tambahan bila berdepan dengan orang tua. Aku hanya diam..yang aku sedar, hanya terasa hangat di pipi. Hanya airmata yang setia menemani.

Aku tarik nafas panjang..cuba mencari kekuatan. Menahan sebak. Kesedihan. Tabah seperti tidak ada apa2 yang berlaku. Patutkah aku teruskan???? Sedangkan hati ini cukup SAKIT

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home