Thursday, January 1, 2009

b e r a k h i r

buat kawan2 yang mengenali diri ini, maafkan aku menyepi diri
apa yang berlaku pada aku, tak mampu untuk aku lalui dengan akal
tapi aku masih waras kerana aku mengambil jalan utk dekatkan diri padaNya
hanya kepada Nya aku memohon kekuatan

buat kawan2 yang masih belum tahu apa yang telah terjadi
di sini aku luah kan
tanggal 18 Nov 2008 merupakan tarikh yang paling pahit bt aku
aku di lepaskan dengan 1 ikatan yang tidak rasmi
dalam perjalanan menuju sebuah ikatan yang rasmi
semakin menghampiri sebuah ikatan yang suci
aku di tinggalkan

setelah 3 tahun lebih bersama2 mengharungi saat suka dan duka
menempuhi dugaan dan cabaran
akhirnya kecundang tanpa alasan

aku mencari di mana silapku
sedangkan semalam dia masih lagi melafazkan kata2 sayang
semalam dia masih lagi meyakinkan cintanya
semalam dia masih lagi menghadiahkan ku sebuah lagu cinta ' i'm Yours '
tapi hari ini dia berubah dalam sekelip mata

aku sedar aku bukan insan yang sempurna
tapi dia sanggup terima aku seadanya
itulah janjinya
begitu juga dia..aku terima segala kekurangannya
tapi itu semua hanya janji semata2

hingga ke saat ini aku masih lagi mencari kekuatan
semoga Allah dapat memberi ku petunjuk ke jalan yang benar
aku bersyukur di atas setiap ujian Nya

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ramai agi owg yg sygkan ksyam...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

January 5, 2009 at 5:11 AM  
Anonymous Anonymous said...

thanx ya =)

January 5, 2009 at 9:29 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home