Monday, January 12, 2009

andai terpaksa pergi

lelaki dan wanita
kita sama-sama berkongsi hidup di alam ini. kita sama-sama di beri hak untuk menikmati semua kelebihan dan kemudahan yang tersedia di dalamnya. kita juga di beri hak untuk menikmati c i n t a dan k a s i h s a y a n g sesama kita. Mengapa harus salah seorang daripada kita mengkhianati nikmat-nikmat yang telah disediakan itu. Mengapa kita harus mendustai cinta, mengingkari kasih suci dan mensiakan orang yang sama-sama ingin hidup seperti kita.

Runtuhkanlah egomu, jalanilah hidup sebagaimana seorang yang meminjam waktu walau sedikit. Tempoh untuk kita sama-sama melayari hidup tidak lama. Nafas yang ditarik boleh terhenti tiba-tiba. Mengapa menukar asal kejadian kita yang putih bersih itu kepada hitam pekat lagi berkarat?

Hidup bukanlah terlalu lama untuk kita rencahi ia dengan tutur kata yang membisakan hati penerima
Hidup bukan juga lama untuk kita rencahi ia dengan titik-titik hitam dalam sejarah hidup kita
Lelaki dan wanita adalah makhluk dari spesis yang sama.
Sama-sama punya perasaan, sama-sama ingin hidup ceria dan bahagia.
Mengapa gagal saling memahami?
Mengapa terlalu mementingkan diri?
Padahal yang terluka adalah sama-sama manusia.....

Airmata kita bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas. Usah terlalu mudah menumpahkannya untuk satu berita sedih tapi bangkitlah untuk membuktikan kita tidak lemah hanya oleh ujian perasaan. Dia yang mengecewakan kita bukanlah insan terbaik. Biar dia pergi hari ini daripada esok hari, kerana setiap yang bernama setiap hari itu adalah kelukaan yang lebih dalam.

S a y a n g i l a h diri dan c i n t a i lah dia, setulus hati kita. Tinggalkan dengan langkah yang teratur andai kita terpaksa pergi.....

______________________________

petikan dari buku motivasi "membina peribadi anggun" oleh Dr HM Tuah
untuk renungan bersama

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home