Thursday, April 30, 2009

d i l u a r j a n g k a a n

terima surat jemputan pagi ni memang mengejutkan
jemputan untuk majlis konvokesyen 18 jun 2009
lantas aku teringatkan seseorang
yang selama ni banyak beri sokongan
selama 5 sem dia sentiasa di sisi memberi sokongan dan semangat
aku teringat...
dari mula aku dapat tawaran ke nursing
kerana dia aku di sini sekarang
kerana dia aku berjaya di sini sekarang
walaupun belum sampai ke penghujung nya
tapi kerana dia.... aku di sini

mengenangkan sume ni tanpa aku sedar
terasa hangat di pipi
sepatutnya dia ada di sini sekarang
berkongsi berita gembira
yang kita tunggu selama ini
aku mahu dia lihat kejayaan aku
atas segala usaha dia
semuanya kerana dia

tapi sekarang semua ini mustahil
semua kini hanya tinggal kenangan dan impian
kita pilih jalan yang berbeza
bila tiba di persimpangan

Monday, April 27, 2009

n u m B er


a K U!!!

22 + 5 + 1982 = 2009
2 + 0 + 0 + 9 = 11
1 + 1 = 2

Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 2

Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung






d i A !!!


15 + 7 + 1982 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6

Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 6

Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Saturday, April 25, 2009

.s.a.A.t. .t.e.r.a..k.H.i.r


Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu telah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu telah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencuba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak

_____________________

aku dah tanggalkan cincin
ku simpan di tempat asalnya
untuk aku pulangkan kepada yang empunya

aku dah delete sume yang ada kaitan dengannya
aku lepaskan dengan tangisan
semoga aku tenang

s a y a n g . . thanks kerana memahami

aku akan cuba buat yang terbaik
untuk dirimu
untuk kita

aku akan terus m e l a n g k a h . . .


Wednesday, April 22, 2009

.r.a.w.a.n.

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

Saturday, April 18, 2009

.l.u.v.e.

s a y a n g
thanx kerana sudi luangkan masa
walaupun masa yang ada terbatas
pertemuan yang tak dirancang ini
membawa seribu erti

best sesangat makan nasi ulam
+ ikan keli percik
colek ngan air kelapa
r i n d u ! !



Sunday, April 12, 2009

b e r t e r u s T e r A n g

Aku mengambil keputusan untuk berterus terang. Sampai bila aku perlu simpan. Aku rasa dia perlu tahu semua tentang aku. Baik buruk aku. Sebelum hubungan ni pergi lebih jauh, lebih baik aku luahkan dan ceritakan segalanya kerana aku percayakan dia. Aku bersedia ngan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Tapi ape yang aku harapkan tidak seperti yang di jangkakan.

Saturday, April 11, 2009

.h.E.p.i. .d.a.Y.

dah lame aku tunggu saat2 ini
dah lame aku tunggu dia
aku tunggu dia yang dulu
aku r i n d u

rindu sesangat
hanya Tuhan yang tahu
aku tak pernah berhenti berharap
dah hampir 4 tahun aku menunggu
akhirnya penantian aku berakhir hari ni

aku harap ia akan berkekalan
dan ini satu permulaan yang baru

Alhamdulillah..akhirnya

thanks 'kechik'

Friday, April 10, 2009

.b.a.h.a.g.i..a.

thanks sayang kerana memberikan kasih sayang mu
membuatkan aku rasa cukup b a h a g i a
walaupun kadang-kala kita terleka
terbuai dengan perasaan sendiri
tapi kita sama-sama menyedari
kita sebenarnya saling memerlukan

tapi..apa pun yang berlaku antara kita
aku b a h a g i a

dia..
adakah dia b a h a g i a seperti aku?
aku punya insan yang cukup menyayangiku
yang sentiasa ada di sisi
tapi bagaimana dengan dia?

ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada nya
seperti mana kau berikan kebahagian kepadaku

aku amat mengharap agar ada insan di samping nya
yang sentiasa memberikan sokongan
moga dia memperolehi kebahagiaan
sepertimana aku sedang b a h a g i a

Sunday, April 5, 2009

s e p u t i h ha t i



Seputih hati ini
Semurni cinta ini
Mekar mewangi kasih

Ku harapkan belasmu
Hulur tangan peluk dirimu
Kekasih dekaplah aku

Perasaan cinta ku ini
Tak bisa ku bendung lagi
Di manakah waktu kan berkata
Menyetujui cinta ini

Merpati putih saksi kita
Dalam malam kita berjanji
Apa yang kan menghalangi
Tetap cinta ini kan terjalin

Seputih hati ini
Semurni cinta ini

_______________________________________

Thursday, April 2, 2009

u n t u k se M u a





di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang disayangi kerana sentiasa ada bersama di sisi memberi sokongan dan semangat untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini yang penuh berliku.

suatu ketika dulu, aku tersungkur menyembah bumi hanya kerana tewas dengan sebuah c i n t a yang aku baja dengan penuh kasih sayang, menaruh satu harapan untuk sama-sama membina cinta abadi. tetapi kita hanya insan biasa dan hamba Nya yang hanya mampu merancang. Tapi Dia yang menentukan segalanya.

keperitan yang aku alami tidak bersendirian. Aku punya mak, abah, adik dan kawan-kawan yang tak pernah putus-putus beri semangat dan dorongan. Terima kasih atas kasih sayang kalian. Aku berjaya menempuh saat-saat perit itu dengan kasih sayang kalian.

untuk Mohd Fadzly bin Mohd Nawawi
kehadiran awak dalam hidup saya memberi ruang dan peluang untuk saya memulakan hidup baru. Kehadiran awak juga mewarnai dan menceriakan hidup saya. Terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya. Tanggal 27 Mac 2009 merupakan tarikh yang bermakna untuk kita. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk awak.. thanks kerana memahami dan banyak bersabar dengan karenah saya =)

untuk kawan2 yang di sayangi.. i luve u all
and i'll keep ur luve in my heart
thanks 4 everything