Thursday, April 2, 2009

u n t u k se M u a





di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang disayangi kerana sentiasa ada bersama di sisi memberi sokongan dan semangat untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini yang penuh berliku.

suatu ketika dulu, aku tersungkur menyembah bumi hanya kerana tewas dengan sebuah c i n t a yang aku baja dengan penuh kasih sayang, menaruh satu harapan untuk sama-sama membina cinta abadi. tetapi kita hanya insan biasa dan hamba Nya yang hanya mampu merancang. Tapi Dia yang menentukan segalanya.

keperitan yang aku alami tidak bersendirian. Aku punya mak, abah, adik dan kawan-kawan yang tak pernah putus-putus beri semangat dan dorongan. Terima kasih atas kasih sayang kalian. Aku berjaya menempuh saat-saat perit itu dengan kasih sayang kalian.

untuk Mohd Fadzly bin Mohd Nawawi
kehadiran awak dalam hidup saya memberi ruang dan peluang untuk saya memulakan hidup baru. Kehadiran awak juga mewarnai dan menceriakan hidup saya. Terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya. Tanggal 27 Mac 2009 merupakan tarikh yang bermakna untuk kita. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk awak.. thanks kerana memahami dan banyak bersabar dengan karenah saya =)

untuk kawan2 yang di sayangi.. i luve u all
and i'll keep ur luve in my heart
thanks 4 everything

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home